Pages

Friday, 18 July 2014

SMK MAXWELL

Sejarah sekolah

Maxwell School ditubuhkan pada tahun 1917, di hadapan jalan bersempena nama seorang British Sir William George Maxwell dan sekolah ini juga dibina berdekatan dengan sebuah perkampungan Melayu kecil. Pada 1 Jun 1922, Institusi pendidikan ini telah membuka pintunya kepada 110 orang pelajar dengan hanya lima orang tenaga pengajar.Semasa era peperangan Jepun, sekolah ini telah digunakan oleh Tentera Kempeitai Jepun sebagai markas serta hospital tentera mereka. Selepas peperangan berakhir, bangunan sekolah ini sekali lagi digunakan oleh pihak luar sebagai asrama untuk sebuah Kolej Teknikal yang beroperasi sehingga tahun 1953, dan selepas itu, Maxwell School dibuka semula sebagai sebuah sekolah menengah lelaki yang berteraskan pendidikan moden yang terawal di Malaya. Pada hari ini, Maxwell School masih lagi berdiri megah dengan bangunan gaya Moorish yang unik dan indah.Pada zaman pra-peperangan, bangunan sekolah ini berfungsi sebagai sekolah permulaan (Sekolah Rendah) untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution). Pada tahun 1933, Sekolah ini terpaksa ditutup untuk seketika bagi digunakan oleh pihak swasta untuk sebuah institusi swasta yang beroperasi dari tahun 1934 hingga 1938. Institusi swasta tersebut dikenali sebagai Sekolah Pertukangan (Trade School).

Senarai pengetua  1917 - 1918 Fasa Peperangan

1919 - 1922 Fasa Penubuhan
1922 - 1925 Montague B. Brockwell
1925 - 1928 C. N. Beamish
Aug 1928 Harold Ball
1928 - 1930 Agnes R. Cooke
1930 - 1930 M. Wheatley
1930 - 1933 C. W. Bloomfield
1933 - 1938 R. Thampipillay
1939 - 1941 Ditutup
1941 - 1945 Fasa Peperangan
1946 - 1953 Ditutup
1953 - 1954 William C. Cleine
1954 - 1956 Donald Priestley
1956 - 1957 Paul Chang
1957 - 1957 Razak Khan
1957 - 1961 Ong Choon Ghee
1961 - 1961 A. E. Navarasingam
1961 - 1968 Wong Ah Fatt
1968 - 1979 P. Nadarajah
1979 - 1988 Victor Wong
1988 - 1990 Abdul Razak Mohammed
1990 - 1999 Ismail Sajad
1999 - 2001 Han Seng Kuang
2001 - 2006 Loy Liang Dee
2006 - 2006 Azmah Bt. Rajion
2006 - 2007 Datin Khairiah Abd Majid
2007 - 2010 Datin Zainab Bee Bte. Ismail
2011 - 2013 Radiah Binti Nordin K.M.W
2014 - KINI HANIPAH BINTI ENDUK

Latar belakang seni bina bangunan sekolah


Maxwell School, 1954
Maxwell School merupakan diantara sekolah yang terawal dibina di Kuala Lumpur dan juga diantara sekolah yang mempunyai reka bentuk banggunan yang unik dan menarik. Pada awalnya, institusi ini hanya mempunyai dua buah banggunan, iaitu Blok A yang menempatkan Dewan Utama dan Blok B yang penempatkan Bilik Gerakan dan Dewan Kuliah 7 Dekad sekarang. Senibina kedua-dua banggunan ini bercirikan gaya banggunan era Kolonial yang hampir serupa senibinanya dengan banggunan Stesyen Keretapi Kuala Lumpur dan jugaBangunan Sultan Abdul Samad. Kedua-dua bangunan ini bercirikan gaya Moorish dengan sedikit sentuhan gaya Gothic.

Banggunan Utama, Maxwell School

Kaki lima yang luas dan bersiling tinggi, Maxwell School

Maxwell School1984
Pada awalnya, Maxwell School hanya mempunyai banggunan dua tingkat biasa yang selepas itu diubahsuai kepada bangunan konkrit dengan mengunakan batu-bata merah yang unik dengan koridor dan tingkap berkubah-kubah yang pada masa itu amat lazim dibina sebagai suatu ciri unik sekolah Inggeris. Tanggam-tanggam kayu yang masih kukuh juga dapat dilihat pada bahagian bumbung dan siling. Terdapat Veranda yang lebar dan luas pada kedua-dua sisi banggunan utama (Blok A) yang bersiling tinggi dan mempunyai tangga besar dan lebar yang juga bercirikan gaya Moorish.

Bahagian Tangga Maxwell Schoolyang bercirikan Gaya Moorish

Tangga gaya Gothic pada banggunan utama, Maxwell School
Warna asal merah batu-bata pada bahagian luar dinding banggunan telah lama menjadi ikon unik bagi sekolah yang telahpun mencapai usia lebih setengah abad ini. Maxwell Schoolmerupakan di antara sejumlah sekolah Inggeris yang tidak pernah berpindah daripada kedudukan asalnya. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun membina beberapa buah banggunan moden seperti kebanyakan sekolah moden sekarang, reka bentuk huruf "H" yang dapat dilihat dari pandangan udara tetap menjadi mercu tanda kebanggaan sekolah dan juga akan menjadi suatu ciri menarik bagi bandaraya Kuala Lumpur dan sekaligus mengekalkan kemegahan nama Maxwell School untuk bangsa dan negara.

Gerbang berkubah-kubah Maxwell School

Prasarana sekolah[sunting | sunting sumber]

Dengan berpandukan misi dan visi sekolah, iaitu untuk menjadi sebuah sekolah cemerlang menjelang tahun 2011, Maxwell School telah berjaya menyediakan pelbagai-bagai jenis fasiliti bagi kegunaan dan kemudahan Warga Maxwell. Fasiliti seperti bilik darjah yang selesa dan lengkap dengan peralatan yang dapat membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran telah disempurnakan. Sebagai sebuah sekolah lama dan elit, Maxwell School tidak terlepas daripada menerima anjakan paradigma daripada dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) masa kini. Kemudahan seperti makmal komputer, WiFi dan pusat akses telah menjadi nadi utama perkembagan pendidikan berasaskan ICT dalam kalangan pelajar mahupun kakitangan dan warga pendidik sekolah.

Dewan Kuliah 7 Dekad, Maxwell School
Pusat Sumber Maxwellian yang telah lama diwujudkan ini juga telah menjadi suatu fasiliti penting lagi bermanfaat bagi membantu Maxwellian dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Dengan berbekalkan beribu-ribu naskah buku rujukan, set ensiklopedia, buku fiksyen dan bukan fiksyen telah menjadikan perpustakaan ini pusat berkumpulnya Warga Maxwell bagi berkongsi pendapat dan menimba ilmu baru. Dengan hasil kutipan dana yang diperoleh daripada Jogathon Maxwellian, pihak sekolah telahpun menyediakan kemudahan seperti mesin air minuman secara percuma di seluruh kawasan sekolah dan juga menaiktaraf peralatan sekolah yang telah rosak.

Dewan Priestly, Maxwell School
Surau pelajar yang luas serta selesa juga telah dibina dengan hasil dana sumbangan daripada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP). Dengan adanya Guru Cemerlang bidang kauseling di institusi ini, bilik bimbingan dan kaunselling telah mejadi sebuah hub bagi pelajar untuk, bukan sahaja berkongsi dan menyelesaikan masalah berkaitan akademik mahupun peribadi, tetapi telah menjadi pusat pembekal informasi dalam pelbagai-bagai bidang dari akademik, kokurikum serta sukan. Maxwell School juga dilengkapi dengan kemudahan seperti Kamar Selesa bagi pelajar lelaki dan perempuan, kedai buku, Koperasi sekolah, Cafeteria pelajar yang luas, Gymnasium yang lengkap dengan peralatan bersenam, Bilik Moral, Bilik Seni, Bilik Pengurusan Diri, Dewan Terbuka 1 Maxwell, Dewan Kuliah 7 Dekad, Bilik Sukan, Bilik Pengawas, dan Kompleks Sukan yang lengkap dan luas.

Lagu sekolah

Lagu sekolah yang pertama berjudul, Disco Ut Serviam, yang dikarang pada tahun 1954 oleh Puan A.V. Priestly, isteri kepada pengetua masa itu Sir Donald Priestly. Lagu ini dinyanyikan bermula dari tahun 1954 hingga 1981.
Service, not wealth or fame,
From this our schools’ high aim,
May we ne’er swerve,
New boy and senior,
Prefect and monitor,
Eyes on the future, for learning we serve,
And when in after years, we test in large spheres,
Hand, brain and nerve,
And fierce machinery,
Commerce and industry,
Science or policy,
In all, we serve,
So all our whole life through,
The law which here we knew,
We shall preserve,
Heedless of selfish gain,
May we with strength maintain,
This, as our life’s refrain,
Learning, we serve.
Pada pertengahan tahun 1980an yang pada masa itu Tuan Victor Wong sebagai pengetua, Sir Leonard Wong diminta untuk mengarang lagu sekolah baru. Lirik untuk lagu baru telah ditulis oleh Puan Soriah Abdullah dan Puan G.Balakrishnan, musik digubah oleh Tuan Leonard Wong sendiri.
Mara serentak, tuju kemasyhuran,
Cabari dunia, capai kejayaan,
Sumbangan bakti, mengharumkan Maxwell,
Megah dan agung nama Maxwell.
Tetap cekal, tempuhi rintangan,
Buru cita penuh jiwa raga,
Kegigihan satu amalan,
Ikrar kita demi tujuan mulia.
Mara serentak, tuju kemasyhuran,
Cabari dunia, capai kejayaan,
Sumbangan bakti, mengharumkan Maxwell,
Megah dan agung nama Maxwell.

Jata sekolah

Clarestory, Maxwell School
Lencana sekolah yang pertama kali digunakan untuk melambangkan sebuah institusi yang berprestij ini telah direka oleh pengetua Maxwell School yang ke-9, iaitu Sir Donald Priestly pada awal tahun 1954. Lencana yang baru direka ini pada awalnya hanya mengandungi satu warna sahaja, iaitu warna Hijau Zamrud.
Warna ini sering kali digunakan oleh pertubuhan Missionary untuk menunjukkan semangat keagamaan dan perpaduan di kalangan pelajar. Selepas era peperangan, jata rasmi Maxwell School telah diwarnai dengan pelbagai warna baharu bagi memperlihatkan semangat perpaduan dan keazaman dalam kalangan pelajar berbilang bangsa. Lencana yang baru dinaiktaraf ini mengandungi 4 warna baharu yang membawa 4 maksud yang tersendiri.
Hijau Zamrud melambangkan semangat keagamaan dan persaudaraan antara Maxwellian
Kuning Keemasan Melambangkan semangat hormat saling menghormati antara Maxwellian dengan sistem kesultanan dan kerajaan Malaysia.
Biru Muda Melambangkan semangat berkobar-kobar dan keberanian dikalangan Maxwellian baru (freshman)
Putih Melambangkan kesucian dan keikhlasan Maxwellian dalam proses menimba ilmu pengetahuan serta menghormati guru-guru.
Bendera Emas bertulis "Maxwell" Melambangkan sorakkan gemuruh para Maxwellian terhadap Alma Mater mereka.
Dibahagian tengah lencana tersebut, terdapat sebuah Perisai Besi yang melambangkan kekuatan Maxwellian dalam mencegah diri dari melakukan perbuatan yang tidak bermoral yang dipangku oleh seekor Harimau Malaya (Panthera tigris).Figuratif Ini membawa maksud yang mendalam iaitu, Maxwell School sentiasa bersedia untuk melahirkan maxwellian yang berahklak tinggi dan juga menjadi rakat yang berguna. Perisai itu tadi juga diperisaikan oleh sebuah Kitab Ilmu Pengetahuan yang terbuka luas.
Kitab Ini melambangkan semangat maxwellian dalam menimba ilmu baru disamping berpegang teguh pada ajaran agama masing-masing tanpa mengira bangsa. Harimau Malaya yang gagah tadi berdiri teguh diatas sebaris cogan kata dalam bahasa latin iaitu, Disco Ut serviam yang membawa maksud 'Belajarlah kamu Untuk Berbakti'. Ini menunjukkan Maxwellian harus mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup agar dapat menjadi rakyat yang berguna.
Kitab yang terbuka luas tadi dipangku oleh "Jangka Lukis" yang melambangkan kesedian Maxwell School dalam melahirkan Maxwellian yang bukan sahaja cemerlang dalam Akademik, tetapi juga cemerlang dalam bidang Teknik dan Vokasional, Kesenian, Kejuruteraan serta Kesukanan. Jalur Putih Dan Biru yang terjalin melambangkan hubungan yang akrab diantara Maxwellian dengan Guru yang mendidik mereka

Lembaga dan Majlis Tertinggi Sekolah

Lembaga Pengawas

Pengawas Sekolah, 1958, Maxwell School
Lembaga Pengawas Maxwell School merupakan diantara lembaga Pengawas yang tertua di Asia Tenggara. Lembaga Pengawas ini telah mula ditubuhkan sejak tahun 1929 lagi. Selepas zaman peperangan, Lembaga Pengawas telah dipebaharui semula dan pada tahun 1954, seorang pelajar bernama S.A. Azman telah diberi mandat dan dilantik sebagai Ketua Pelajar(Head Boy). Beliau juga merupakan diantara pemain Tenis Kebangsaan yang pertama di Malaya. Pemilihan pengawas dijalankan secara telus melalui sistem undian yang dilakukan oleh para Guru dan pelajar Senior. Selepas mejadi "pengawas percubaan" untuk beberapa bulan, Majlis Perlantikan dan Penyerahan Watikah akan diadakan sebagai tanda pengiktirafan kepada pengawas baru yang layak .

Pengawas, Maxwell School
Lembaga Pengawas Maxwell School berpegang teguh pada cogan kata, "Pengawas Yang Berdedikasi Kearah kemantapan Disiplin". Selepas menerima pelajar perempuan pada lewat tahun 1960-an, jawatan seperti Head Girl telah diwujukan bagi mengetuai pengawas dan pelajar perempuan.

Selain pengawas, Perpustakawan juga memainkan peranan penting bagi melicin lagi pentadbiran sekolah. Pada awalnya, Lembaga Perpustakawan mula wujud sebagai sebuah persatuan kecil yang memberi khidmat bakti kepada perpustakaan sekolah. Bermula pada tahun 80-an persatuan kecil ini telah berkembang dari segi bilangan pelajar serta keaktifanya dan situasi ini menyebabkan pihak sekolah telah manaik taraf status persatuan ini kepada sebuah Lembaga. iaitu Lembaga Perpustakawan Maxwell. Sistem pemilihan Persputakawan baru tiada bezanya dengan Pengawas, Perpustakawan Pelatih akan diberi tempoh beberapa bulan untuk mmpelajari ilmu keperpustakawanan dan cara menjaga perpustakaan. Pelatih yang layak akan diberi Watikah Perlantikan dan bagi pelajar yang memenuhi kriteria keperpustakawanan yang tinggi, mereka akan dilantik untuk menjadi Pengerusi Tertinggi Lembaga ini.Lembaga Perpustakawan
Majlis Pra-Universiti
Unit Bimbingan Dan kaunselling
Lembaga Koperasi

No comments:

Post a Comment